Monday, February 07, 2011

Saya dalam pemerhatian! HAHA.

Salam dan Selamat Sejahtera.

Saya menerima comment dari seseorang yang saya sendiri tidak kenali di entry CELARU TENTANG SAYA. Tiba-tiba commentnya sangatlah berbunyi kurang enak. Sedangkan saya tidak pernah mengenalinya. Malah apabila saya klik namanya pada comment tersebut tidak ada. Jika benar dia berani comment blog saya dia pasti punya blog yang menarik bukan? Saya mahu melihat cara dan gaya orang yang pandai mengkritik blog orang lain. (: Jadi saya mengambil langkah untuk membuat entry buat orang tersebut

Comment yang diberikan oleh manusia itu sedikit tidak memberi kudis pada saya. Malah saya bersyukur dan terasa diri ini diperhatikan. HAHA. Mungkin dia tidak suka cara saya berpakaian kerana saya terlampau sopan. Saya memang baju yang besar-besar (dress kan besar) haha. Mungkin dia suka kepada yang memakai baju adik-adik bukan mak-mak. (: jika saya memakai sesuatu pakaian itu kurang sesuai pada tempat saya akan letak P/s di bawah. Mungkin anda tidak baca pesanan itu. Selepas ini boleh lebih alert dengan blog saya ye.

Terasa? benar saya terasa sedikit tapi ia tak akan menjejaskan saya untuk terus menulis blog saya sendiri. Dia mempertikaikan bahasa ENGLISH yang saya gunakan. Dia memberitahu perlu google kalau tak faham ayat itu. "kalau exam boleh google ke?" kalau google itu bukan belajar tetapi itu untuk kesenangan. Saya mempunyai phone yang ada dictionary saya belajar past tense, present tense yang hampir saya lupa melalui phone. Melalui situ saya belajar dan cuba mengarap dan mengolah di blog saya.

Malah dia minta saya malu dengan diri saya. Oh, awak patut malu sebab awak tiada blog dan sekadar pandai comment dan judge orang. Kalau anda ada blog sila tinggalkan LINK saya mahu follow dan lihat betapa hebat blog anda. (:

Terima kasih kerana straight forward, kamu punya hak untuk comment tetapi bukan begini caranya wahai kawan dan saya punya hak untuk memakai apa yang saya suka selagi saya tidak melampau batas. Manusia seperti anda adalah manusia yang lebih suka lihat bangsanya jatuh dengan hinaan yang diciptakan sendiri

P/s: TALK MORE U MAKE ME FAMOUS! (: Mungkin GF dia tak macam saya. Mungkin GF dia sangat UP TO DATE! Tahniah.

0 c r i t i c!: