Thursday, March 10, 2011

Contest Mesti Menang

Mood: Mahu berkhawin. (: HAHAHA.

So dengan pantas dan kilatnya. *ada kena mengena ke?* EEERRR. Saya nak join contest yang dianjurkan oleh MISS TATIE yang bakal bergelar ISTERI tidak lama lagi. Oleh itu, beliau meminta kita semua tolong beliau mencari baju, pelamin, hantaran yang sesuai untuk majlis sekali setiap tahun itu, eh silap SEKALI SEUMUR hidup ok! Amboi abang botak suka nampak bila saya cakap SEKALI SETIAP TAHUN. Jangan eh!! hihi.

Terma dan Syarat:
  1. Google gambar Pelamin Nikah/Kahwin, Baju Pengantin, Concept hantaran:
  2. Perkahwinan saya lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana..

Jawapan saya untuk soalan 1:

Pelamin nikah ini simple tetapi ia comel untuk terus menjadi kenangan mempelai lagi-lagi si wanita yang akan terus mengingati hari bersejarah itu. Konsep seperti fairytale ini tampak lebih romantik dan suci untuk kedua-dua pasangan untuk dinikahkan. Saya amat suka konsep pelamin mini nikah ini. Lembut, tenang dan mengasyikkan.

Ini pula pelamin untuk persandingan. Kerusi mempelai yang tinggi lampai bakal menyerlahkan lagi seri kedua pengantin. Ia amat sesuai untuk majlis persandingan kerana tema ini diibaratkan seperti kayangan. Saya suka pelamin sebegini. Tampak mewah dan penuh esklusif. Limpahan cahaya lampu itu bakal membuat baju pengantin naik dan tampak seri.

Ini bagi baju pernikahan. Baju kurung moden yang ditransformasikan menjadi baju pernikahan. Simple dan penuh adat disamping terserlah gaya yang 'sweet' semasa pernikahan. Baju ini hasil rekaan oleh Shahida Shahrif dari ButtonMyButtons.

Ini pula baju persandingan. Saya amat sukakan baju ini kerana nampak sentuhan mewah dari pereka disampin dapat menyerlahkan lagi kedua-dua pengantin. Kombinasi warna baju pengantin dan pelamin sangat serasi (pelamin yang saya pilih dibawah). Bunga ditangan bagi si wanita lebih menyerlahkan pengayaan baju tersebut. Manakala si jejaka segak dengan baju pengantin yang suci tetap gaya seperti pahlawan. (:

Ini pula baju yang saya suka saat untuk memotong kek. Rona merah jambu menyerlahkan lagi kulit mulus si wanita. Tampak bersahaja tetapi penuh gaya. Seperti cinderella dengan alunan baju pengantin akan terus membuatkan si wanita tidak mahu mengakhiri majlis perkahwinan ini. Baju ini serba lengkap dan susun atur rona merah jambu sangat kemas dengan berlian. Ini bakal menjadi kenangan buat pengantin. Saya amat sukakan rekaan sebegini. Sweet, simple and georgous. (:

Rona emas ini sangat cantik untuk diberikan oleh si wanita kepada si jejaka. Pasti menguntum senyum oleh si jejaka. Rona emas ini nampak hebat dan menyerlahkan barang hantaran itu tanpa sarat rekaannya. Ini menjadi pilihan saya. (:

Merah hambu sinonim untuk si wanita pada majlis besar-besaran. Warna pink menjadi pilihan saya. (: Saya sukakan warna pink untuk rekaan ini.

Jawapan untuk soalan 2:

Perkahwinan saya lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana perkahwinan sekali seumur hidup. Jelas menunjukkan saat bahagia kita amat memerlukan sesuatu yang indah untuk dikenang sepanjang hidup. Disamping, ia dapat menyerikan majlis perkhawinan itu nanti.

Your own flash banner

I'm DONE.

Tagged: Semua followers saya.

Gambar: Blog Shahida Sharif dan Abang GOOGLE.

0 c r i t i c!: