Wednesday, February 22, 2012

Sejujurnya,

Karya ini buat engkau,
sejujurnya tak pernah aku lupa kau walau sesaat kau pergi dalam hidup aku.
Sentiasa kau ada dalam diri aku,
tapi entah kenapa aku menolak kau dulu.
Mungkin, memang jodoh bukan buat engkau dan aku.
Bila kau sudah ada lain itu yang terbaik.
Pasrah? Aku masih punya Tuhan, keluarga.
Semoga ini kebahagiaan yang kau cari dan ini yang paling terbaik, aku tak mau air mata kau titis lagi untuk insan seperti aku.

Karya ini tulus untuk engkau,
perasaan cemburu minta jangan bersarang lagi dalam diri,
lemas, rimas, cemas aku dibuatnya.
entah kenapa aku rasa kau cemburu, melalut untuk perkara yang langsung tak masuk akal.
tunjukkan sikap waras dalam sayang,

Karya ini mungkin buat engkau,
Aku bukan yang terbaik untuk kesemua di atas, biar yang Maha Esa tentukan.
kerana aku sedang merancang masa depan aku bersama keluarga.
Keluarga yang sentiasa dalam jiwa.
Dalam nafas-nafas aku hanya ada mereka.

Karya ini bukan untuk engkau,
jika kau masih di situ,
menanti aku.

NotaKasihSayang: Kalau awak buat perangai cemburu buta, saya akan pergi selamanya. HAHAHA.

0 c r i t i c!: